↑ Return to Tip & Panduan

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Membeli kereta terpakai amat seronok kerana harga yang di tawarkan adalah jauh lebih murah daripada kereta baru.Di sini kami memberi panduan bagaimana untuk menilai kereta terpakai.

Periksa keadaan enjin

Kereta yang berkilat tidak semestinya mempunyai enjin yang baik, di sini kami sertakan tip untuk memeriksa keadaan enjin

Buka bonet kereta dan ambil dipstick yang terletak di kawasan enjin. Jika keadaan minyak adalah seperti di dalam gambar kiri, ini bermakna tuan punya kereta tidak menyelanggara kenderaan mengikut tempohnya. Jika minyak enjin seperti gambar di kanan, tidak bermakna enjin dalam keadaan elok. Ini kerana tuan punya kenderaan baru sahaja menukar minyak enjin.

Periksa Enjin Untuk Sebarang Kebocoran

Periksa untuk sebarang kemungkinan kebocoran enjin. Kebiasannya kebocoran selalu berlaku di oil sump, gearbox flywheel oil seal atau distributor oil seal. Sila bawa lampu suluh bersama untuk memudahkan pemeriksaan enjin.Keseluruhan bahagian enjin mestilah kering dan tiada sebarang tanda minyak bocor.

Periksa Keadaan Dalaman Enjin Melalui Engine Oil Cap

Periksa sebarang mendapan minyak di bahagian dalaman enjin, enjin yang di selenggara mengikut masanya akan mempunyai gambar seperti di sebelah kanan. Walaupun begitu, anda perlu juga meminta mekanik kereta untuk mendapatkan pandangan.

 Timing Belt

Timing belt perlu di tukar apabila sampai tempohnya, kebiasaanya timing belt boleh di pakai di antara 60,000 KM hingga ke 100,000 KM. Jika owner sebelumnya sudah menukar timing belt, maka anda tidak perlu menukar timing belt lagi. Timing belt adalah komponen yang wajib di tukar apabila sampai waktunya kerana jika ia terputus, anda mungkin terpaksa overhaul enjn anda dengan kos yang agak besar.

Periksa Asap Keluar Dari Ekzos

Gambar di atas adalah contoh di mana keadaan enjin sudah dalam keadaan yang tidak elok. Enjin kenderaan ini mengalami kerosakan piston ring. Enjin yang rosak adalah kurang efective dengan penggunaan petrol yang lebih. Kuasa enjin juga berkurangan mengikut kerosakan enjin. Jika asap enjin bewarna putih, kemungkinan besar adalah valve seal sudah menjadi keras atau retak. Enjin dalam keadaan normal tidak mengeluarkan asap putih atau biru. Sedikit asap dan wap air di waktu pagi adalah normal.

Bunyi Enjin

Enjin yang elok tidak mengeluarkan bunyi yang kuat atau bunyi ketukan yang tidak tentu hala. Jika enjin mengeluarkan bunyi yang kuat, elakkan dari membeli kereta seperti ini (untuk makluman, enjin diesel berbunyi lebih kuat dan ini adalah normal).

Pandu Uji Kenderaan

Pastikan anda memandu uji kenderaan, jangan sesekali membeli kereta daripada dealer yang tidak membenarkan anda memandu uji kenderaan yang hendak di beli. Semasa menguji, periksa sebarang bunyi yang terhasil semasa memandu.

Pandu uji kenderaan sejauh yang boleh, lagi lama anda memandu uji kenderaan tersebut, maka lebih mudah untuk mengenalpasti sebarang potensi masalah. Jika anda terjumpa sebarang masalah, suruh dealer membetulkan kerosakan tersebut sebelum anda membeli.

Drive Shaft

 

Periksa keadaan driveshaft dan pastikan cover dust drive shaft tidak rosak mahupun bocor seperti gambar di atas. Pandu kenderaan dengan memusing steering habis ke kiri dan ke kanan. Jika driveshaft berbunyi semasa steering di pusingkan ke kanan, bermaksud drivesaft di kiri rosak dan begitulah sebaliknya.

Jangan Beli Kenderaan Jika

  1. Terdapat asap keluar daripada eksos (jika sedikit air di waktu pagi adalah normal)
  2. Bunyi enjin bising atau ketukan kuat kedengaran
  3. Cari kenderaan yang mempunyai milage yang kurang (tidak melebihi 200,000KM)

 

Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau memerlukan mekanik untuk memeriksa kenderaan anda, anda bolehlah menghubungi pihak kami.